Email

TERKINI...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera....

Bermula hari ini (23-Dec) seperti yang dijanji-janjikan MY E-Link Group telahpun melaksanakan apa yang dibuat iaitu DUA unit Server telah pun aktifkan untuk kegunaan rakanb untuk membuat "Conference".

Server Pertama 9M4GIE-L :-

Adalah untuk kegunaan Rakan2 yang mempunyai Gateway Sendiri atau menggunakan Computer untuk berhubungan melalui Echolink.

Server Kedua 9M4GIE-R :-

Adalah dikhaskan untuk kegunaan Kelab Komunikasi Radio Amatur Bachok (AKRAB) sahaja, namun kelonggaran akan diberikan kepada Rakan dari Brunei (V84RPG) untuk membuat penyambung pada malam Isnin untuk acara 2Mnet Gemilang dan juga akan dibukan untuk lain2 Kelab untuk bergabung atas acara-acara tertentu (Special Event) atas permohonan dari Kelab tertentu dan mendapat kebenaran Presiden atau SetiaUsaha Kelab (AKRAB).

Sekia Terima Kasih.
BERKHIDMAT UNTUK RAKAN2
73........ Clear.

Rabu, Disember 23, 2009

Info Terkini Kutipan DANA untuk 9M4RNK.... Kuala Krai

Assalamualaikum & Salam Sejahtera....

Jumlah sumbangan rakan-rakan Kuala Krai dan Luar untuk mendirikan Pancar Ulang (9M4RNK) ialah sebanyak RM1680.00.

Hasil dari sumbangan tersebut telah pun kami (Pak Presiden 9W2AWQ dan juga Rakan2) gunakan untuk membeli 4 unit Handy ICOM V8 dan diserahkan kepada 9W2TMI untuk dijadikan repeater. Hasilnya satu unit repeater telah dipasang di Kuala Krai dan satu disimpan untuk dijadikan spare sebangai gantian sekiranya Repeater pertama mengalami kerosakan.

Alhamdullilah.... walaupun sumbangan masih lagi belum mencapai sasaran untuk mendirikan sesebuah Repeater, namun ianya telah berjaya hasil dari sumbangan lain2 peralatan dari Hamba ALLAH yang berada dibelakang Tabir untuk melihat kemajuan dalam bidang radio amatur terutama rakan2 HAM Kelantan maju kehadapan walaupun pelbagai andaian telah diberikan.

Untuk itu marilah sama2 kita berganding bahu untuk menghidupkan suasana AKRAB dalam kita menjalinkan hubungan melalui Radio....

Sekian Terima Kasih...
BERKHIDMAT UNTUK RAKAN2
73......Clear

Isnin, Disember 21, 2009

OPS Muhibah Puncak Kayangan.....25/26-Dec-2009

OPS menawan Puncak Kayangan kembali lagi.... kali ini seramai 30 peserta akan bersama-sama mendaki Puncak Kayangan pada 25/26-Dec ini bagi tujua menaik taraf Pancar Ulang Tersohor di Pantai Timur setakat ini iaitu 9M4TPR.

Kepada rakan-rakan yang tidak dapat turut serta dalam program kali ini diharap dapatlah bersama-sama dengan rakan dikaki bukit untuk memberi sokongan moral kepada rakan yang akan mendaki pada tarikh tersebut...

Semua rakan-rakan akan mula berkumpul dikedai berhampiran kaki bukit (Telaga Biji) pada pukul 8:30 pagi... dijangka akan mula mendaki pada pukul 10.00 pagi..


Sekian Terima Kasih....
BERKHIDMAT UNTUL RAKAN2
73... Clear

Isnin, Disember 14, 2009

PENGUMUMAN & PEMBETULAN

Bermula sekarang MY E-Link Group telah membuat sedikit perubahan pada Conference Server dimana dua unit server akan digunakan, Satu unit untuk Jaringan Gateway-gateway station & Single User Station dan satu unit server lagi akan dibuat untuk Jaringan Repeater Tempatan Sahaja (Local Repeater Stations).

Jaringan Conference Server tersebut adalah seperti dibawah;-

9M4GIE-L (Conference Server).

Sebagai Jaringan Utama Station Gateway & Single User dalam dan luar Negara. (Boleh digunakan tanpa terus tanpa melalui proses pendaftaran dengan MY E-Link Group).

9M4GIE-R (Local Repeater Conference Server).

Sebagai Jaringan Utama untuk Stesen PancarUlang Kelab Komunikasi Radio Amatur Bachok (AKRAB) sahaja dan hanya akan dibuka kepada umum sekiranya ada permintaan dari KELAB-KELAB yang ingin menjalankan Special Event atas Persetujuan Presiden KELAB AKRAB.Sekian

Terima Kasih....73

Khamis, Disember 03, 2009

Gambar Semasa Mendirikan Repeater 9M4RNK Kuala Krai

Gambar semasa mendirikan repeater 9M4RNK (147.9875 -0.600, Tone 67.0) yang diketuai oleh Tuan Presiden kelab AKRAB iaitu Ban Mawi Klasik (9W2AWQ) dibantu oleh pengurusan Teknikal Repeater iaitu Kamal @ Candik (9W2CDK), Tuan Izani (9W2TMI), Azli (9W2ASN), Ustaz. Bung (9W2BNG), Abg Die (9W2IDE), Abg Yi Tok Kadi (9W2NBH),Dek Pa (9W2IPA) bersama-sama dengan rakan-rakan SWL tempatan.
*Untuk melihat Video sila ke Laman YouTube dan taipkan tajuk;-
Opearasi Mendirikan Repeater Kuala Krai (9M4RNK)
Dan
AKRAB (Ops Dabong)











Isnin, November 09, 2009

TERKINI...Repeater Puncak Sejuk (9M4RNK)

Alhamdulillah... Untuk kali yang kedua AKARB telah melangkah setapak lagi kehadapan, kalau dulu di Bukit Kemahang (Puncak Kayangan 9M4RPT) kali ini di Kuala Krai (Puncak Sejuk 9M4RNK) AKRAB telah mendapat Lesen untuk mendirikan Repeater bagi kegunaan rakan-rakan Amatur dikawasan tersebut dan rakan-rakan yang menggunakan laluan Machang - Gua Musang. bagi kami (AKRAB) apa yang dilakukan ini bukan untuk berbangga semata-mata, tapi lebih kepada khidmat Sosial dari kelab AKRAB untuk kegunaan rakan-rakan amatur.

AKRAB mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyumbang luar dan tempatan yang telah memberi sumbangan untuk mendirikan repeater di Kuala Krai.
Gambar Sekitar kawasan mendirikan Repeater 9M4RNK di Kuala Krai, seramai 10 stations telah berada di Puncak Sejuk bagi mendirikan repeater tersebut.